Saturday 18 January 2014

Kursus Kepimpinan Kelab / Persatuan / Sukan / Unit Beruniform

Pada tarikh 18 Januari 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen telah mengadakan Kursus Kepimpinan Kelab / Persatuan / Sukan / Unit Beruniform yang bertempat di Dewan SMK Tuanku Lailatul Shahreen anjuran Unit Kokurikulum, Kaunseling dan PIBG sekolah. Bagi persatuan Skim Pinjaman Buku Teks (SBPT), mereka telah menghantar empat orang wakil iaitu Muhammad Irfan bin Mustafa selaku pengerusi, Muhammad Izzul Aizat bin Ruslie selaku naib pengerusi, Fatin Nur Fadzillah bt Pazil selaku setiausaha dan Noor Siti Aishah bt Mohamad Nadzri selaku bendahari. Aktiviti yang telah berlangsung adalah membina logo persatuan, pembukaan blog bagi setiap kelab, persatuan, sukan dan unit beruniform dan lain lain lagi.